WAHYU 19:6-9
WAHYU 19:6-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian aku mendengar sesuatu seperti suara sekumpulan orang ramai, seperti deruman air terjun, dan seperti gemuruh guruh. Aku mendengar mereka berkata, “Pujilah Allah, kerana Tuhan, Allah kita Yang Maha Kuasa itu Raja! Marilah kita bersukacita dan bergembira! Marilah kita memuji keagungan-Nya, kerana masa perkahwinan Anak Domba sudah tiba dan pengantin perempuan-Nya sudah siap untuk perkahwinan itu. Pengantin perempuan itu telah diberikan pakaian linen yang bersih dan berkilauan untuk dikenakan.” (Pakaian linen itu perbuatan baik yang dilakukan oleh umat Allah.) Kemudian malaikat itu berkata kepadaku, “Tuliskan ini: Berbahagialah orang yang telah dijemput ke majlis perkahwinan Anak Domba itu.” Malaikat itu berkata lagi, “Inilah firman yang benar daripada Allah.”
WAHYU 19:6-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kudŭngar pula bunyi spŭrti swara bŭlatŭntara yang bŭsar, dan bagie ayer banyak mŭndru, dan spŭrti bunyi halalintar yang bŭsar, katanya, Alleluya; kŭrna Allah Tuhan maha kwasa itu ada mŭmrentah. Maka biarlah kiranya kami bŭrsuka sukaan dan tŭrmasa, sŭrta mŭmuliakan dia; kŭrna kahwen anak Domba itu tŭlah sampie, dan istrinya pun tŭlah mŭnyŭdiakan dirinya. Maka pada pŭrampuan itu tŭlah dikurniakan mŭmakie dŭngan khasa halus, pŭrsih dan putih; kŭrna khasa halus itulah kabŭnaran orang orang salih. Maka bŭrkatalah iya padaku, Tulislah, Bŭrbahgialah kiranya orang orang yang dijŭmpot kapada pŭrjamuan kahwen anak Domba itu. Maka bŭrkatalah iya padaku, Inilah pŭrkataan yang bŭnar deripada Allah.
WAHYU 19:6-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian aku mendengar bunyi seperti suara orang yang sangat banyaknya, seperti deru air dan bunyi guruh yang amat hebat, berkata, “Haleluya! Kerana Tuhan, Allah kita, Yang Maha Kuasa sedang bertakhta! Bergembira dan bersukacitalah serta muliakan Dia, kerana saat perkahwinan Anak Domba telah tiba, dan isteri-Nya sudah menyediakan dirinya. Isterinya diberi kain linen yang halus, suci berseri-seri untuk dipakai.” (Kain linen yang halus melambangkan segala perbuatan benar yang dilakukan oleh orang salih.) Kemudian dia berkata kepadaku, “Tulislah: Diberkatilah mereka yang dijemput ke jamuan kahwin Anak Domba!” Katanya lagi kepadaku, “Inilah firman Allah yang benar.”