WAHYU 19:20
WAHYU 19:20 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi binatang itu ditawan bersama-sama nabi palsu yang telah melakukan mukjizat di hadapannya. (Dengan mukjizat itulah binatang itu menipu orang yang mempunyai tanda binatang itu, dan orang yang menyembah patung binatang itu.) Binatang itu dan nabi palsu itu dibuang hidup-hidup ke dalam lautan api yang bernyala-nyala dengan belerang.
WAHYU 19:20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka binatang itu pun tŭrtangkaplah bŭsŭrta dŭngan nabi dusta yang mŭngadakan bŭbrapa ajaib dihadapannya, maka dŭngan itulah iya tŭlah mŭnipu akan sagala orang yang tŭlah mŭmakie tanda binatang itu, dan orang orang yang mŭnyŭmbah akan gambarnya. Maka kaduanya itu tŭlah dichampakkan dŭngan hidopnya kadalam tasik api yang bŭrnyala dŭngan blerang.
WAHYU 19:20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian binatang itu ditawan, dan bersamanya nabi palsu yang mengadakan pelbagai tanda di hadapannya dan dengan demikian memperdaya orang yang telah menerima tanda binatang itu serta orang yang menyembah patungnya. Kedua-duanya dihumbankan hidup-hidup ke dalam lautan api yang menyala dengan belerangnya.