WAHYU 19:19-20
WAHYU 19:19-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian aku nampak binatang itu dan raja-raja di bumi dengan tentera mereka berkumpul untuk melawan Dia yang menunggang kuda putih dengan tentera-Nya. Tetapi binatang itu ditawan bersama-sama nabi palsu yang telah melakukan mukjizat di hadapannya. (Dengan mukjizat itulah binatang itu menipu orang yang mempunyai tanda binatang itu, dan orang yang menyembah patung binatang itu.) Binatang itu dan nabi palsu itu dibuang hidup-hidup ke dalam lautan api yang bernyala-nyala dengan belerang.
WAHYU 19:19-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka aku lihatlah binatang itu, dan sagala raja raja dibumi, sŭrta sagala tŭntaranya itu, bŭrkampong bŭrsama sama handak bŭrprang dŭngan orang yang mŭngindrai kuda itu, sŭrta dŭngan tŭntaranya. Maka binatang itu pun tŭrtangkaplah bŭsŭrta dŭngan nabi dusta yang mŭngadakan bŭbrapa ajaib dihadapannya, maka dŭngan itulah iya tŭlah mŭnipu akan sagala orang yang tŭlah mŭmakie tanda binatang itu, dan orang orang yang mŭnyŭmbah akan gambarnya. Maka kaduanya itu tŭlah dichampakkan dŭngan hidopnya kadalam tasik api yang bŭrnyala dŭngan blerang.
WAHYU 19:19-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku melihat binatang itu, raja-raja dunia dan tentera mereka berhimpun untuk memerangi Dia yang berkuda itu serta tentera-Nya. Kemudian binatang itu ditawan, dan bersamanya nabi palsu yang mengadakan pelbagai tanda di hadapannya dan dengan demikian memperdaya orang yang telah menerima tanda binatang itu serta orang yang menyembah patungnya. Kedua-duanya dihumbankan hidup-hidup ke dalam lautan api yang menyala dengan belerangnya.