WAHYU 13:16-17
WAHYU 13:16-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Binatang kedua ini memaksa semua orang: orang biasa dan orang besar, orang kaya dan orang miskin, abdi dan orang bebas, supaya menerima tanda pada tangan kanan atau dahi mereka. Tidak seorang pun dapat membeli ataupun menjual sesuatu, kecuali dia mempunyai tanda itu, iaitu nama binatang itu sendiri atau nombor yang melambangkan nama itu.
WAHYU 13:16-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan dijadikannya skalian, baik kŭchil baik bŭsar, baik kaya baik mŭskin, baik mŭrdehka baik abdi, mŭnŭrima satu tanda ditangan kanannya atau didahinya. Maka barang sa’orang juapun ta’bulihlah bŭrjual bŭli, mŭlainkan orang yang ada mŭmpunyai tanda itu, atau nama binatang itu, atau bilangan namanya itu.
WAHYU 13:16-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ia memaksa semua manusia, kecil besar, kaya miskin, orang merdeka dan hamba abdi, menerima suatu tanda pada tangan kanan atau dahi, dan seorang pun tidak dibenarkan berjual beli kecuali ada padanya tanda atau nama binatang buas itu, atau angka namanya.