WAHYU 12:3-4
WAHYU 12:3-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu sesuatu yang ajaib kelihatan pula di langit: Seekor naga merah yang besar sekali mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk. Setiap kepala memakai sebuah mahkota. Dengan ekornya naga itu menyeret sepertiga daripada bintang-bintang di langit dan melemparkannya ke bumi. Naga itu berdiri di hadapan wanita yang sedang bersalin, kerana hendak memakan anaknya, sebaik sahaja bayi itu lahir.
WAHYU 12:3-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Shahadan klihatanlah pula suatu ajaib yang lain dilangit; maka heiran, ada sa’ekor naga bŭsar merah, ada bŭrkŭpala tujoh dan sa’puloh chula, maka tujoh mahkota pula dikŭpalanya. Ekornya mŭnyeret tiga bahgian bintang dilangit, sŭrta dichampakkannya kabumi: maka bŭrdirilah naga itu dihadapan pŭrampuan yang hampir branak itu, sŭrta handak mŭnŭlan akan anaknya itu sŭrta jadi.
WAHYU 12:3-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lantas suatu tanda muncul di langit: seekor naga merah yang amat besar, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota. Naga itu mengheret sepertiga bintang di langit dengan ekornya dan menghumbankannya ke bumi. Ia menunggu di hadapan perempuan yang hendak bersalin untuk menelan anaknya sebaik-baik dia lahir.