WAHYU 12:10-12
WAHYU 12:10-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian aku mendengar suara lantang di syurga berkata, “Sekaranglah masanya Allah menyelamatkan umat-Nya dan menunjukkan kuasa-Nya sebagai Raja! Sekarang Penyelamat yang diutus-Nya itu menunjukkan kekuasaan-Nya, kerana yang menuduh saudara-saudara kita di hadapan Allah siang dan malam, sudah dibuang dari syurga. Saudara-saudara kita telah mengalahkan dia dengan darah Anak Domba dan dengan berita daripada Allah yang diisytiharkan mereka. Mereka tidak cuba menyelamatkan diri, tetapi rela mengorbankan nyawa. Oleh itu, bersukacitalah, hai syurga dan semua yang tinggal di syurga! Tetapi malanglah bumi dan laut, kerana Iblis telah turun kepadamu. Dia sangat marah, kerana tahu bahawa masanya tinggal sedikit.”
WAHYU 12:10-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kudŭngarlah pula suatu bunyi swara bŭsar katanya dalam shorga, Maka skarang bahru datang slamat, dan kuat, dan krajaan Allah kami, dan kwasa Almasihnya; kŭrna pŭnudoh sagala saudara kami, yang mŭnudohi marika itu dihadapan Allah kami pada siang dan malam itu, tŭlah dibuangkanlah kŭbawah. Maka dialahkan ulih marika itu akan dia dŭngan darah anak Domba itu, dan dŭngan pŭrkataan yang disaksikan ulih marika itu; maka tiadalah marika itu sayangkan nyawanya sampie mati. Maka sŭbab itu bŭrsuka sukalah kiranya shorga, sŭrta kamu yang mŭngdiami dia. Karamlah bagie sagala yang mŭngdiami bumi, dan laut; kŭrna iblis itu tŭlah turonlah pada kamu dŭngan morka yang bŭsar, sŭbab dikŭtahuinya bahwa kutika yang ada padanya itu sengkat adanya.
WAHYU 12:10-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian aku mendengar suara lantang berkata di syurga, “Sekarang penyelamatan, kekuatan, kerajaan Allah kita, dan kuasa Kristus-Nya telah tiba; kerana penuduh saudara-saudara kita, yang telah menuduh mereka siang malam di hadapan Allah kita telah disingkirkan. Mereka telah menumpaskannya dengan darah Anak Domba dan dengan kata-kata kesaksian mereka, dan mereka tidak menyayangi nyawa sendiri hingga mati. Oleh itu, bergembiralah wahai syurga dan kamu semua yang tinggal di dalamnya! Tetapi malanglah penduduk bumi dan laut! Iblis telah turun kepadamu, dalam keadaan sangat berang, kerana ia tahu masanya sudah singkat.”