WAHYU 12:1-6
WAHYU 12:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian terlihat di langit sesuatu yang ajaib dan luar biasa: Seorang wanita berpakaian matahari dan kakinya beralaskan bulan. Dia memakai sebuah mahkota yang terdiri daripada dua belas bintang, pada kepalanya. Dia sedang mengandung dan masa bersalin sudah tiba. Oleh itu, dia berteriak kerana kesakitan. Lalu sesuatu yang ajaib kelihatan pula di langit: Seekor naga merah yang besar sekali mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk. Setiap kepala memakai sebuah mahkota. Dengan ekornya naga itu menyeret sepertiga daripada bintang-bintang di langit dan melemparkannya ke bumi. Naga itu berdiri di hadapan wanita yang sedang bersalin, kerana hendak memakan anaknya, sebaik sahaja bayi itu lahir. Kemudian wanita itu melahirkan seorang anak lelaki yang akan memerintah dan menguasai semua bangsa dengan tangan besi. Tetapi anak itu direnggut daripada wanita itu dan dibawa kepada Allah yang duduk di atas takhta. Wanita itu lari ke padang gurun, ke tempat yang telah disediakan oleh Allah baginya. Di situ dia akan dipelihara selama 1,260 hari.
WAHYU 12:1-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA klihatanlah suatu ajaib yang bŭsar dilangit; iya itu sa’orang pŭrampuan mŭmakie matahari, dan bulan pun dibawah kakinya, maka diatas kŭpalanya suatu mahkota deripada dua blas bintang: Maka pŭrampuan itu sŭbab mŭngandong, lalu bŭrtriaklah handak bŭrsalin, maka sakitlah handak branak. Shahadan klihatanlah pula suatu ajaib yang lain dilangit; maka heiran, ada sa’ekor naga bŭsar merah, ada bŭrkŭpala tujoh dan sa’puloh chula, maka tujoh mahkota pula dikŭpalanya. Ekornya mŭnyeret tiga bahgian bintang dilangit, sŭrta dichampakkannya kabumi: maka bŭrdirilah naga itu dihadapan pŭrampuan yang hampir branak itu, sŭrta handak mŭnŭlan akan anaknya itu sŭrta jadi. Maka parŭmpuan itupun branaklah sa’orang laki laki, yang akan mŭmrentahkan sagala bangsa dŭngan tongkat bŭsi: maka anaknya itupun disambarlah dibawalah kapada Allah, dan kaarashnya. Maka pŭrampuan itupun bŭrlarilah kapadang bŭlŭntara, maka disanalah dijadikan Allah suatu tŭmpat bagienya, supaya dipliharakan ulih orang akan dia disana sa’ribu dua ratus anam puloh hari lamanya.
WAHYU 12:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Suatu tanda besar kelihatan di langit: Seorang perempuan yang berpakaian matahari, bulan di bawah kakinya dan sebuah mahkota dua belas bintang terkalung menghiasi kepalanya. Dia sedang hamil dan sudah sampai waktunya untuk melahirkan anak, maka dia berteriak kesakitan. Lantas suatu tanda muncul di langit: seekor naga merah yang amat besar, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota. Naga itu mengheret sepertiga bintang di langit dengan ekornya dan menghumbankannya ke bumi. Ia menunggu di hadapan perempuan yang hendak bersalin untuk menelan anaknya sebaik-baik dia lahir. Kemudian perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki yang akan memerintah segala bangsa dengan tombak besi. Dan anak itu dibawa ke hadirat Allah dan takhta-Nya. Perempuan itu lari ke gurun, ke tempat yang memang ditentukan Allah untuknya. Dia dijaga di situ selama seribu dua ratus enam puluh hari.