WAHYU 12:1-2
WAHYU 12:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian terlihat di langit sesuatu yang ajaib dan luar biasa: Seorang wanita berpakaian matahari dan kakinya beralaskan bulan. Dia memakai sebuah mahkota yang terdiri daripada dua belas bintang, pada kepalanya. Dia sedang mengandung dan masa bersalin sudah tiba. Oleh itu, dia berteriak kerana kesakitan.
WAHYU 12:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA klihatanlah suatu ajaib yang bŭsar dilangit; iya itu sa’orang pŭrampuan mŭmakie matahari, dan bulan pun dibawah kakinya, maka diatas kŭpalanya suatu mahkota deripada dua blas bintang: Maka pŭrampuan itu sŭbab mŭngandong, lalu bŭrtriaklah handak bŭrsalin, maka sakitlah handak branak.
WAHYU 12:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Suatu tanda besar kelihatan di langit: Seorang perempuan yang berpakaian matahari, bulan di bawah kakinya dan sebuah mahkota dua belas bintang terkalung menghiasi kepalanya. Dia sedang hamil dan sudah sampai waktunya untuk melahirkan anak, maka dia berteriak kesakitan.