MAZMUR 96:11-13
MAZMUR 96:11-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Bersukacitalah, hai bumi dan langit! Berderulah, hai laut dan segala isimu! Bergembiralah, hai ladang-ladang dan segala tanamanmu! Pokok-pokok di hutan akan bersorak kegirangan, apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi. Dia akan memerintah penduduk dunia dengan jujur dan adil.
Kongsi
Baca MAZMUR 96MAZMUR 96:11-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Biarlah langit bergembira, dan biarlah bumi bersukacita; biarlah laut menderu, dan segala dalamnya; biarlah padang berbahagia, dan semua dalamnya. Kemudian semua pokok hutan akan bergembira di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang, Dia akan datang untuk menghakimi bumi dengan keadilan dan kaum-kaum dengan kesetiaan-Nya.
Kongsi
Baca MAZMUR 96