MAZMUR 91:14-15
MAZMUR 91:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Firman Allah, “Orang yang mengasihi Aku akan Kuselamatkan, orang yang mengakui Aku sebagai TUHAN akan Kupeliharakan. Apabila mereka berseru kepada-Ku, Aku akan menjawab mereka. Apabila mereka dalam kesusahan, Aku akan menolong mereka. Aku akan menyelamatkan serta menghormati mereka.
MAZMUR 91:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Kerana dia telah menumpukan kasihnya kepada-Ku, maka Aku akan melepaskannya; Aku akan meletakkannya di tempat tinggi, kerana dia mengetahui nama-Ku. Dia akan berseru kepada-Ku, dan Aku akan menjawabnya; Aku akan menyertainya ketika dia dalam kesusahan, dan Aku akan melepaskannya dan memberinya penghormatan.