MAZMUR 9:1-4
MAZMUR 9:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk pemimpin koir. Menurut lagu Mut-Laben. Mazmur Daud. Aku akan memuji Engkau dengan segenap hatiku, TUHAN, dan menceritakan segala keajaiban yang telah Engkau lakukan. Aku akan menyanyi dengan riang kerana Engkau, dan menyanyikan pujian kepada-Mu, Yang Maha Tinggi. Ketika Engkau muncul, musuhku berpatah balik; mereka jatuh tersandung lalu mati.
MAZMUR 9:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku akan memuji-Mu, ya TUHAN, dengan sepenuh hatiku; aku akan menceritakan segala keajaiban yang Kaulakukan, Aku akan girang bergembira dalam-Mu; aku akan menyanyikan pujian untuk nama-Mu, Ya TUHAN Maha Tinggi. Apabila musuhku berpatah balik; mereka akan jatuh dan musnah di hadirat-Mu. Kerana Engkau telah menegakkan hak dan perjuanganku; Engkau bertakhta, dan menghakimi dengan adil.