MAZMUR 89:14-18
MAZMUR 89:14-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Betapa besarnya kuasa-Mu, dan betapa hebatnya kekuatan-Mu! Kerajaan-Mu berasaskan hukum dan keadilan; kasih dan kesetiaan terdapat pada segala perbuatan-Mu. Berbahagialah orang yang menyembah Engkau dengan nyanyian, orang yang hidup dalam cahaya hadirat-Mu, TUHAN. Sepanjang hari mereka bergembira, dan memuji Engkau kerana kebaikan-Mu. Engkau memberi kami kemenangan yang besar; demi kebaikan-Mu, Engkau membuat kami berjaya.
MAZMUR 89:14-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Perbenaran dan keadilan adalah asas takhta-Mu; kasih dan kesetiaan berjalan di hadapan-Mu. Diberkatilah orang yang mengenal bunyi bahagia itu, mereka melangkah, ya TUHAN, dalam cahaya wajah-Mu. Dengan nama-Mu mereka bergembira sepanjang hari; dan dalam perbenaran-Mu mereka ditinggikan. Kerana Engkau kemuliaan kekuatan mereka, dan dengan keredaan-Mu tanduk kami ditinggikan. Perisai kami milik TUHAN, dan raja kami milik Yang Maha Suci Allah TUHAN Israel.