MAZMUR 79:1-13
MAZMUR 79:1-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Asaf. Ya Allah, orang yang tidak mengenal Engkau telah menyerang tanah-Mu. Mereka telah menajiskan Rumah-Mu yang suci dan meruntuhkan Yerusalem. Mayat umat-Mu ditinggalkan mereka untuk dimakan burung pemakan bangkai. Mayat hamba-hamba-Mu dibiarkan mereka untuk dimakan binatang liar. Mereka menumpahkan darah umat-Mu seperti air; darah mengalir di seluruh Yerusalem, dan tiada orang yang tinggal untuk menguburkan orang mati. Bangsa-bangsa di sekeliling mengejek kami; mereka mentertawakan serta mengolok-olokkan kami. Ya TUHAN, berapa lamakah Engkau akan murka terhadap kami? Adakah kemurkaan-Mu akan terus membakar seperti api? Murkailah bangsa-bangsa yang tidak menyembah Engkau; orang yang tidak berdoa kepada-Mu, kerana mereka telah membunuh umat-Mu dan merosakkan negeri-Mu. Jangan hukum kami kerana dosa nenek moyang kami, tetapi kasihanilah kami sekarang kerana kami putus asa. Tolonglah kami, ya Allah, penyelamat kami; demi kehormatan-Mu sendiri, selamatkanlah kami dan ampunkanlah dosa kami. Jangan biarkan bangsa-bangsa lain bertanya, “Di manakah Allah kamu?” Hukumlah bangsa-bangsa itu di hadapan kami kerana menumpahkan darah hamba-hamba-Mu. Dengarlah rintihan orang tawanan, dan dengan kuasa-Mu yang besar, bebaskanlah mereka yang dihukum mati. Ya Tuhan, balaslah bangsa-bangsa itu tujuh kali ganda, bagi segala hinaan yang telah dilemparkan kepada-Mu. Lalu kami, umat-Mu, domba-domba-Mu, akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya, dan memuji-Mu sampai turun-temurun.

MAZMUR 79:1-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ya Allah, bangsa-bangsa telah merampas warisan pusaka-Mu; Bait Suci-Mu telah dicemari oleh mereka, mereka telah meruntuhkan Yerusalem. Mayat hamba-hamba-Mu telah diberi mereka sebagai makanan burung angkasa, tubuh umat-Mu yang warak dijadikan habuan binatang di bumi. Darah mereka telah ditumpahkan seperti air sekitar Yerusalem, dan tiada siapa yang mengebumikan mereka. Kami telah menjadi bahan celaan negeri-negeri jiran, sasaran bagi cemuhan dan ejekan mereka yang di sekeliling kami. Berapa lama, ya TUHAN? Akan murkakah Engkau selama-lamanya? Akan terus menyalakah rasa cemburu-Mu seperti api? Curahkanlah kemarahan-Mu ke atas bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu, dan kerajaan-kerajaan yang tidak menyeru nama-Mu; kerana mereka telah menelan Yakub dan meranapkan tempat kediamannya. Janganlah ingat akan dosa kami yang silam; segeralah limpahkan belas kasihan-Mu ke atas kami, kerana kami telah dijatuhkan sama sekali. Tolonglah kami, ya Allah Penyelamat kami, demi kemuliaan nama-Mu; lepaskan kami serta berilah kami peluang menebus dosa kami demi nama-Mu. Mengapa bangsa-bangsa harus berkata, “Di mana Allah TUHAN mereka?” Biarlah bangsa-bangsa sekeliling kami mengetahui pembelaan darah hamba-hamba-Mu yang telah ditumpahkan. Biarkan rintihan orang tawanan sampai ke hadirat-Mu; dengan kebesaran kuasa-Mu peliharalah mereka yang dihukum mati. Dan balaskan tujuh kali ganda kepada bangsa-bangsa jiran kami yang telah mencela-Mu, ya Tuhan, Oleh itu, kami, umat-Mu dan kawanan domba-Mu, akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya; kami akan memuji-Mu turun-temurun.