MAZMUR 73:1-5
MAZMUR 73:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Asaf. Allah sungguh baik kepada umat Israel, kepada mereka yang berhati murni. Tetapi hatiku bimbang, imanku hampir hilang, kerana aku cemburu terhadap orang sombong, ketika aku melihat orang jahat menjadi makmur. Mereka tidak sakit; mereka kuat dan sihat. Mereka tidak menanggung penderitaan, tidak ditimpa kesusahan seperti orang lain.
MAZMUR 73:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sesungguhnya, Allah baik kepada Israel, kepada mereka yang murni hati. Tetapi aku, kakiku hampir tersandung; langkahku hampir tergelincir. Kerana aku iri hati kepada mereka yang bermegah apabila kulihat kemewahan orang zalim. Mereka tidak sakit sebelum mati; kekuatan mereka tetap teguh. Mereka tidak susah seperti orang lain; mereka tidak dirundung bencana seperti orang lain.