MAZMUR 70:1-5
MAZMUR 70:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk pemimpin koir. Mazmur oleh Daud, ketika mempersembahkan korban peringatan. Ya Allah, selamatkanlah aku! TUHAN, cepatlah tolong aku! Biarlah mereka yang cuba membunuh aku dikalahkan dan dibingungkan. Biarlah mereka yang gembira kerana kesusahanku dipukul mundur dan dipermalukan. Biarlah mereka yang mengejek aku terkejut dan malu kerana dikalahkan. Semoga semua orang yang datang kepada-Mu bergembira dan bersukacita. Semoga semua orang yang bersyukur kerana penyelamatan-Mu sentiasa berkata, “Betapa agungnya Allah!”
MAZMUR 70:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Segeralah, ya Allah, selamatkan aku; ya TUHAN, segeralah tolong aku. Biar mereka dimalukan dan dikelirukan, mereka yang ingin meragut nyawaku; biar mereka berundur dan menanggung aib, mereka yang hendak memusnahkan aku. Biar mereka berundur kerana malu, mereka yang mengejekku, “Aha! Aha!” Biar semua yang mencari-Mu bergembira dan bersukacita kerana-Mu; dan biar mereka yang cinta akan penyelamatan-Mu berkata sentiasa, “Allah Maha Tinggi!” Aku miskin dan sesak; segeralah datang, ya Allah. Engkaulah penolong dan penyelamatku; janganlah berlengah-lengah, ya TUHAN.