MAZMUR 69:1-5
MAZMUR 69:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Bunga Bakung. Oleh Daud. Selamatkanlah aku, ya Allah! Air sudah naik ke leherku; aku hampir tenggelam di lumpur yang dalam, dan tiada tempat berjejak; aku berada di air yang dalam, dan ombak pun hampir melemaskan aku. Aku letih berseru meminta pertolongan, dan kerongkongku sakit. Mataku pedih menantikan pertolongan-Mu. Orang yang membenci aku tanpa sebab, lebih banyak daripada rambut pada kepalaku. Musuhku memfitnah aku, mereka kuat dan mahu membunuh aku. Mereka memaksa aku menyerahkan barang-barang yang tidak aku curi.
MAZMUR 69:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selamatkanlah aku, ya Allah, kerana air sudah naik ke leherku. Aku tenggelam dalam air lumpur yang dalam, aku tidak dapat berjejak. Aku telah masuk ke air yang dalam; dan aku hampir lemas. Aku lesu meratap; kerongkongku kering. Mataku kelam, menanti Allahku. Mereka yang membenciku tanpa alasan lebih banyak daripada rambut di kepalaku; mereka yang hendak membinasakan aku amat berkuasa, mereka memusuhiku sedangkan aku tidak bersalah. Meski aku tidak mencuri apa-apa aku dipaksa membayar. Ya Allah, Engkau mengetahui kebodohanku; dan dosa-dosaku tidak tersembunyi daripada-Mu.