MAZMUR 68:8-11,20-21
MAZMUR 68:8-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Ya Allah, ketika Engkau memimpin umat-Mu, ketika Engkau menyeberangi gurun, bumi bergoncang dan langit mencurahkan hujan, kerana kedatangan-Mu, Allah yang berfirman di Sinai, kedatangan Allah umat Israel. Engkau menurunkan hujan yang lebat, serta memulihkan tanah yang gersang, lalu umat-Mu tinggal di sana; demi kebaikan-Mu, Engkau memelihara orang papa.
MAZMUR 68:20-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Pujilah Tuhan, kerana Dialah yang menyelamatkan kita; setiap hari Dia menanggung beban kita. Allah kita TUHAN yang menyelamatkan; Dialah yang membebaskan kita daripada kematian.
MAZMUR 68:8-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
bumi bergempa, langit menurunkan hujan kerana kehadiran Allah, Sinai terharu dengan kedatangan Allah, Allah Israel. Engkau, ya Allah, menghantar hujan lebat; untuk mengesahkan warisan pusaka-Mu, umat-Mu yang lesu menderita. Umat-Mu tinggal di situ, Engkau, ya Allah, memberi rahmat-Mu kepada mereka yang miskin melarat. TUHAN menurunkan firman, maka sungguh besar perhimpunan orang yang mengisytiharkannya