MAZMUR 63:1-11
MAZMUR 63:1-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ya Allah, Engkau Allahku, aku akan mencari-Mu segera; jiwaku dahaga kepada-Mu, jasadku merindui-Mu, di tanah gersang tandus tanpa air. Maka aku mencari-Mu di tempat suci-Mu untuk melihat kekuasaan dan kemuliaan-Mu. Kerana kasih-Mu lebih bernilai daripada nyawa, bibirku akan memuji-Mu. Demikian aku akan memuji-Mu seumur hidupku, aku akan menadah tanganku dengan nama-Mu. Jiwaku akan berasa puas seperti dijamu; dan aku akan memuji-Mu dengan sukacita. Apabila aku ingat kepada-Mu di tempat tidurku; aku berjaga merenungkan Engkau sepanjang malam. Kerana Engkau telah menolongku, maka di bawah naungan sayap-Mu aku akan bergembira. Jiwaku mengikut jejak-Mu dari dekat; tangan kanan-Mu memberiku kekuatan. Tetapi mereka yang ingin meragut nyawaku; akan terbenam jauh di dalam bumi. Mereka mati ditikam pedang mereka akan menjadi habuan serigala. Raja akan bersukacita kerana Allah; setiap orang yang berjanji dengan nama Allah akan memuliakan-Nya, tetapi mulut pendusta akan dibisukan.
MAZMUR 63:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Daud, semasa dia di padang gurun Yehuda. Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku rindu akan Engkau. Seperti tanah tandus haus akan air, begitulah aku haus akan Engkau. Izinkanlah aku melihat Engkau di Rumah-Mu, serta melihat kuasa dan kemuliaan-Mu. Kasih-Mu lebih berharga daripada hidup, oleh itu aku memuji Engkau. Aku bersyukur kepada-Mu seumur hidupku; aku menadahkan tangan kepada-Mu sambil berdoa. Jiwaku dijamu dan dipuaskan, dan aku akan menyanyikan lagu-lagu pujian untuk-Mu. Waktu aku berbaring di katil, aku ingat akan Engkau; sepanjang malam aku merenungkan Engkau, kerana Engkau sentiasa menolong aku; aku menyanyi dengan riang di bawah naungan sayap-Mu. Aku berpaut kepada-Mu, tangan-Mu yang kuat menopang aku. Orang yang cuba membunuh aku akan turun ke dunia orang mati; mereka akan dibunuh dalam pertempuran, dan mayat mereka dimakan serigala.