MAZMUR 61:1-8
MAZMUR 61:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud. Dengarlah seruanku, ya Allah, dengarlah doaku! Dari negeri yang jauh aku berseru kepada-Mu, kerana aku putus asa. Bawalah aku ke tempat perlindungan yang selamat, kerana Engkaulah pelindungku, pertahanan yang kuat terhadap musuhku. Izinkanlah aku tinggal di khemah-Mu sepanjang hidupku; supaya aku selamat di bawah naungan sayap-Mu. Ya Allah, Engkau telah mendengar janjiku, dan memberikan pusaka orang yang menghormati Engkau kepadaku. Lanjutkanlah usia raja, semoga kerajaannya berlanjutan turun-temurun. Semoga raja memerintah selama-lamanya di hadirat-Mu; ya Allah, lindungilah raja dengan kesetiaan dan kasih-Mu.
MAZMUR 61:1-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengarlah rayuanku, ya Allah; dengarlah doaku. Dari hujung bumi aku akan merayu kepada-Mu, ketika hatiku tertekan; bimbinglah aku ke tempat batuan yang lebih tinggi daripadaku. Kerana Engkaulah tempat aku bernaung, menara perkasa yang melindungiku daripada musuh. Aku akan tinggal di khemah suci-Mu selama-lamanya; aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu. Sela Kerana Engkau, ya Allah, telah mendengar segala janjiku; Engkau telah memberiku warisan mereka yang takut akan nama-Mu. Engkau akan melanjutkan usia raja, hayatnya dan zuriatnya turun-temurun. Dia akan berada di hadirat Allah selama-lamanya; kurniakanlah kasih dan kesetiaan yang akan memeliharanya. Maka aku akan menyanyikan puji-pujian bagi nama-Mu selama-lamanya untuk menunaikan janjiku setiap hari. Sela