MAZMUR 6:6-9
MAZMUR 6:6-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Di alam maut Engkau tidak diingat lagi; tiada sesiapa pun memuji Engkau di dunia orang mati. Aku tidak bermaya kerana dilanda kesedihan; setiap malam tempat tidurku dibasahi tangisan; bantalku dibasahi air mata. Mataku rabun dan bengkak kerana terlalu banyak menangis, semua itu disebabkan oleh musuh-musuhku. Nyahlah, hai orang jahat! TUHAN mendengar tangisanku
Kongsi
Baca MAZMUR 6MAZMUR 6:6-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku letih lesu kerana mengerang; sepanjang malam kubanjiri tempat tidurku dengan tangisan dan kubasahi katilku dengan air mata. Mataku menjadi lemah kerana kesedihan; dan semakin kelam kerana musuhku. Nyahlah dari sisiku, hai kamu yang berbuat jahat, kerana TUHAN telah mendengar ratapanku. TUHAN telah mendengar jeritanku memohon belas kasihan; TUHAN menerima doaku.
Kongsi
Baca MAZMUR 6