MAZMUR 6:4-9
MAZMUR 6:4-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Hatiku resah gelisah. Sampai bilakah Engkau tinggalkan aku, ya TUHAN? TUHAN, datanglah dan selamatkanlah aku, selamatkanlah aku daripada maut demi kasih-Mu. Di alam maut Engkau tidak diingat lagi; tiada sesiapa pun memuji Engkau di dunia orang mati. Aku tidak bermaya kerana dilanda kesedihan; setiap malam tempat tidurku dibasahi tangisan; bantalku dibasahi air mata. Mataku rabun dan bengkak kerana terlalu banyak menangis, semua itu disebabkan oleh musuh-musuhku. Nyahlah, hai orang jahat! TUHAN mendengar tangisanku
MAZMUR 6:4-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Berpalinglah semula kepadaku, ya TUHAN, dan lepaskan aku; selamatkan aku kerana kasih setia-Mu. Tiada sesiapa mengingati-Mu setelah dia mati. Siapa yang memuji-Mu dari kubur? Aku letih lesu kerana mengerang; sepanjang malam kubanjiri tempat tidurku dengan tangisan dan kubasahi katilku dengan air mata. Mataku menjadi lemah kerana kesedihan; dan semakin kelam kerana musuhku. Nyahlah dari sisiku, hai kamu yang berbuat jahat, kerana TUHAN telah mendengar ratapanku. TUHAN telah mendengar jeritanku memohon belas kasihan; TUHAN menerima doaku.