MAZMUR 6:3-6
MAZMUR 6:3-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku penat; pulihkanlah aku kerana aku sungguh letih. Hatiku resah gelisah. Sampai bilakah Engkau tinggalkan aku, ya TUHAN? TUHAN, datanglah dan selamatkanlah aku, selamatkanlah aku daripada maut demi kasih-Mu. Di alam maut Engkau tidak diingat lagi; tiada sesiapa pun memuji Engkau di dunia orang mati.
MAZMUR 6:3-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jiwaku gundah-gulana. Berapa lama, ya TUHAN, berapa lama? Berpalinglah semula kepadaku, ya TUHAN, dan lepaskan aku; selamatkan aku kerana kasih setia-Mu. Tiada sesiapa mengingati-Mu setelah dia mati. Siapa yang memuji-Mu dari kubur? Aku letih lesu kerana mengerang; sepanjang malam kubanjiri tempat tidurku dengan tangisan dan kubasahi katilku dengan air mata.