MAZMUR 55:1-23
MAZMUR 55:1-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud. Ya Allah, dengarlah doaku; jangan berpaling daripada rayuanku. Dengarlah aku dan jawablah aku; aku lemah kerana kerunsinganku. Aku cemas kerana ancaman musuhku, dan remuk kerana orang jahat menindas aku. Mereka menyusahkan aku; mereka marah kepadaku dan membenci aku. Aku sangat ketakutan, ngeri akan dahsyatnya kematian. Aku diliputi ketakutan dan kegentaran, dan dicengkam oleh perasaan seram. Sekiranya aku bersayap seperti burung merpati, aku akan terbang mencari tempat yang tenang. Aku akan terbang jauh sekali; padang gurun akan kudiami. Aku akan bergegas mencari tempat berlindung terhadap ribut dan angin kencang. Kelirukanlah percakapan musuhku, ya Tuhan, kerana di kota aku nampak orang merusuh dan melakukan keganasan. Siang malam mereka mengelilingi kota, melakukan kekacauan dan jenayah. Di merata tempat berlaku pemusnahan; jalan-jalan penuh dengan penindasan dan penipuan. Andaikata musuh mempermainkan aku, aku dapat menanggungnya; andaikata seorang lawan menghina aku, aku pun dapat bersembunyi daripadanya. Tetapi engkau ini, temanku, rakanku serta sahabat karibku. Kita pernah berbual dengan mesra, dan beribadat bersama-sama di Rumah TUHAN. Biarlah dengan mendadak musuhku mati, dan turun hidup-hidup ke dunia orang mati, kerana kejahatan memenuhi rumah mereka, dan menguasai hati mereka. Tetapi aku berseru kepada TUHAN Allah untuk menolong aku, dan Dia akan menyelamatkan aku. Keluhanku dan tangisanku naik ke hadirat-Nya pada petang, pagi, dan tengah hari, dan Dia akan mendengar suaraku. Dia akan membawa aku pulang dengan selamat setelah aku berperang melawan musuh yang banyak sangat. Allah yang memerintah selama-lamanya, akan mendengar aku dan mengalahkan musuhku, kerana mereka tidak mahu berubah hati, dan tidak takut kepada Allah. Bekas temanku menyerang kawan-kawannya; dia mengingkari janjinya. Kata-katanya halus merayu, tetapi hatinya penuh kebencian; kata-katanya lemah-lembut, tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam. Serahkanlah kekhuatiranmu kepada TUHAN, maka Dia akan membela kamu; Dia tidak akan membiarkan orang jujur dikalahkan.

MAZMUR 55:1-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengarlah doaku, ya Allah, dan jangan palingkan wajah-Mu daripada rayuanku; berilah perhatian-Mu kepadaku, dengarlah kata-kataku. Aku gelisah menderita, aku merintih kuat kerana mendengar suara musuh, kerana ditindas orang zalim; mereka membawa kesusahan kepadaku dan mereka marah serta membenciku. Hatiku terseksa; dan dihimpit rasa ngeri akan dahsyatnya maut. Aku berasa gerun dan gementar; aku tertekan oleh ketakutan. Maka aku berkata, “Kalaulah aku bersayap seperti merpati, aku akan terbang ke mana-mana mencari damai, bahkan aku akan pergi jauh dan tinggal di gurun. Sela Aku akan segera melarikan diri, daripada angin kencang dan ribut.” Binasakanlah mereka, ya Tuhan, kelirukan lidah mereka, kerana aku telah melihat keganasan dan rusuhan di kota. Siang malam mereka mengelilingi kota; melakukan kejahatan dan membawa kekacauan. Pembinasaan berlaku di tengah-tengah kota; penindasan dan penipuan menetap di jalan-jalan rayanya. Bukan musuh yang mengecamku, kalau musuh, masih dapat kutanggung; bukan pembenciku yang bangkit menentangku, kalau pembenciku, masih dapat aku bersembunyi. Tetapi kamu yang melakukannya, rakan sebayaku, temanku, kawanku, dahulu kita berbincang mesra dan berjalan seiring ke Rumah Allah di tengah-tengah orang ramai. Biar maut menyambar mereka; biar mereka turun hidup-hidup ke neraka, kerana kejahatan meliputi tempat tinggal dan perhimpunan mereka. Aku akan berseru kepada Allah, dan TUHAN akan menyelamatkan aku. Petang, pagi dan tengah hari aku akan berdoa dan meratap kuat, dan Dia akan mendengar suaraku. Dia telah menyelamatkan nyawaku dan membawaku pulang dengan selamat dari medan perang, padahal musuhku begitu ramai. Allah yang wujud selama-lamanya, Allah akan mendengar dan menghukum mereka — Sela kerana mereka tidak mengubah kelakuan, nyatalah mereka tidak takut akan Allah. Bekas sahabatku itu telah menyerang orang yang hidup berbaik-baik dengannya; dia telah memungkiri janjinya. Kata-katanya halus lunak, tetapi niat perang tersembunyi dalam hatinya; kata-katanya lemah-lembut, tetapi serupa pedang terhunus. Serahkanlah bebanmu kepada TUHAN, Dia akan menolongmu; Dia tidak akan membiarkan orang yang benar dikalahkan. Engkau, ya Allah, akan membinasakan orang zalim ke dalam lembah kehancuran; orang yang suka menumpahkan darah dan menipu tidak akan mencapai separuh usia. Aku akan percaya kepada-Mu.