MAZMUR 54:1-7
MAZMUR 54:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud, pada masa orang Zif pergi kepada Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud bersembunyi di kawasan mereka. Selamatkanlah aku dengan kuasa-Mu, ya Allah; bebaskanlah aku dengan kekuatan-Mu. Dengarlah doaku, ya Allah; endahkanlah kata-kataku. Orang sombong datang menyerang aku, orang zalim ingin membunuh aku, mereka tidak menghiraukan Allah. Tetapi Allah ialah penolongku, Tuhan ialah pembelaku. Biar Allah menghukum musuhku dengan kejahatan mereka. Ya Allah, binasakanlah mereka kerana Engkau setia kepadaku.
MAZMUR 54:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selamatkanlah aku, ya Allah, dengan nama-Mu; dan belalah aku dengan kekuatan-Mu. Dengarlah doaku, ya Allah; dengarlah kata-kataku. Orang asing telah bangkit menyerangku; dan orang zalim cuba meragut nyawaku — mereka tidak ingat akan Allah. Sela Allah menolong aku; Tuhan menyertai orang yang mempertahankan nyawaku. Allah akan membalas kejahatan musuhku; akan menghapuskan mereka dalam kesetiaan-Nya. Aku akan mempersembahkan korban kepada-Mu dengan sepenuh kerelaan; aku akan memuji nama-Mu, ya TUHAN, yang penuh kebaikan. Kerana Allah telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan, dan mataku telah melihat hasratku tercapai dengan ketewasan musuhku. Sela