MAZMUR 51:14-17
MAZMUR 51:14-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Buatlah aku gembira lagi kerana penyelamatan daripada-Mu, dan berilah aku hati yang rela mentaati-Mu. Maka aku akan mengajarkan perintah-Mu kepada orang berdosa, dan mereka akan kembali kepada-Mu. Ya Allah, lepaskanlah aku daripada maut, dan selamatkanlah aku, lalu dengan sukacita aku akan memberitakan keadilan-Mu. Tolonglah aku berkata-kata, ya Tuhan, lalu aku akan memberi Engkau pujian.
MAZMUR 51:14-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selamatkan aku daripada kesalahan menumpahkan darah, ya Allah, Allah Penyelamatku, maka suaraku akan lantang menyanyikan perbenaran-Mu. Ya Tuhan, bukakan mulutku, aku akan mengisytiharkan puji-pujian bagi-Mu. Kalaulah Engkau bersukacita dengan korban, tentu kupersembahkan; Engkau tidak berkenan akan korban bakaran. Korban untuk Allah ialah hati yang hancur; hati yang hancur dan sesal, Ya Allah, tidak akan Kauremehkan.