MAZMUR 49:5-20

MAZMUR 49:5-20 Alkitab Berita Baik (BM)

Aku akan mengalihkan perhatian kepada peribahasa, dan menerangkan maknanya sambil memetik kecapi. Aku tidak takut akan masa kesusahan, ketika aku dikelilingi oleh musuh, orang yang bergantung kepada kekayaan mereka, dan membanggakan harta mereka yang banyak. Tidak seorang pun dapat menebus dirinya; dia tidak dapat membayar harga tebusannya kepada Allah, kerana harga tebusan manusia itu terlalu mahal; apa yang dapat dibayarnya tidak sekali-kali cukup untuk mengelakkan diri dari kubur, supaya dia dapat hidup selama-lamanya. Sesiapa pun tahu bahawa orang bijak akan meninggal; orang bodoh dan orang tolol pun akan mati. Mereka semua meninggalkan harta kepada orang lain. Kubur menjadi tempat kediaman kekal bagi mereka; di sana mereka tinggal selama-lamanya, walaupun mereka pernah mempunyai tanah. Walaupun manusia itu kaya, seperti haiwan, mereka akan mati juga. Begitulah nasib orang yang percaya kepada diri sendiri, dan nasib orang yang puas hati dengan kekayaan mereka. Seperti domba, mereka ditentukan untuk mati, dan digembalakan oleh maut. Orang jujur akan mengalahkan mereka, mayat mereka cepat mereput; dunia orang mati menjadi kediaman mereka. Tetapi Allah akan menyelamatkan aku; Dia akan melepaskan aku daripada kuasa maut. Jangan iri hati apabila sesetengah orang menjadi kaya, apabila harta mereka bertambah-tambah; apabila mereka mati, mereka tidak dapat membawa apa-apa; harta mereka tidak dapat turun ke kubur bersama-sama mereka. Sungguhpun mereka berpuas hati dengan kehidupan mereka, dan dipuji kerana kejayaan mereka, mereka akan menyusul nenek moyang mereka juga, ke tempat yang gelap selama-lamanya.

MAZMUR 49:5-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Mengapa aku harus takut dalam masa kesusahan, ketika kejahatan yang memburuku telah mengepungku — mereka yang bergantung kepada kekayaan dan berbangga akan harta yang banyak? Sesungguhnya, seorang pun daripada mereka tidak berdaya menebus saudaranya dengan membayar harga tebusannya kepada Allah — kerana harga tebusan jiwa mereka sungguh mahal, maka jiwa mereka akan musnah — mereka tidak dapat hidup selama-lamanya dan tidak dapat mengelakkan kubur. Setiap manusia melihat orang bijaksana meninggal dunia; begitu juga orang bodoh dan orang tolol lalu meninggalkan kekayaan mereka kepada orang lain. Dalam hati mereka menyangka rumah mereka akan kekal selama-lamanya, akan menjadi kediaman zuriat mereka turun-temurun, mereka menamakan tanah dengan nama mereka. Namun demikian manusia, meskipun terhormat, tidak akan kekal; sama seperti haiwan, dia akan mati. Inilah nasib orang yang bodoh, dan keturunan mereka yang menyokong kata-kata mereka. Sela Seperti domba mereka berbaring di kubur, maut akan membaham mereka. Orang yang tulus akan berkuasa atas mereka setelah pagi nanti; dan jasad mereka akan dimusnahkan di kubur, jauh dari tempat kediaman mereka. Kerana Allah yang akan menyelamatkanku dari kubur; Dia akan membawaku bersama-Nya. Sela Jangan runsing ketika melihat orang menjadi kaya-raya, dan keluarganya semakin dimuliakan; kerana apabila dia mati, tiada suatu pun dibawanya, kemuliaannya tidak turut masuk ke kubur. Walaupun dia berasa bahagia ketika hidup — kerana orang yang berjaya sentiasa dipuji — namun dia akan menyusul nenek moyangnya, dan tidak akan melihat cahaya selama-lamanya. Orang yang dimuliakan tetapi tidak mengerti samalah seperti haiwan yang mati.