MAZMUR 42:2-4
MAZMUR 42:2-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Seperti rusa merindukan air sungai, demikianlah jiwaku merindukan Engkau, ya Allah. Aku merindukan Engkau, Allah yang hidup; bilakah aku dapat beribadat di hadirat-Mu? Siang malam aku menangis, hanya air mata makananku; sepanjang masa musuhku bertanya kepadaku, “Di manakah Allahmu?”
MAZMUR 42:2-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jiwaku dahaga akan Allah, Allah yang hidup. Bilakah aku akan datang ke hadirat Allah? Air mataku menjadi makananku siang malam, manakala mereka terus-menerus berkata kepadaku, “Di manakah Allahmu?” Apabila kukenang segala ini kucurah keluar seluruh jiwaku: kerana dahulu aku pergi bersama orang ramai, ke Rumah Allah, dengan sorak-sorai kegembiraan dan puji-pujian bersama orang ramai menyambut hari mulia.