MAZMUR 40:9-10
MAZMUR 40:9-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Allahku! Aku menyimpan segala ajaran-Mu dalam hatiku.” Dalam perhimpunan umat-Mu aku menceritakan berita baik bahawa Engkau telah menyelamatkan kami. Dengan tidak hentinya, aku menceritakannya. Ya TUHAN, Engkau mengetahui semuanya.
Kongsi
Baca MAZMUR 40MAZMUR 40:9-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku telah mengisytiharkan berita baik tentang perbenaran di perhimpunan besar; sesungguhnya aku tidak mengekang mulutku, Ya TUHAN, Engkau sendiri mengetahui. Aku tidak menyembunyikan perbenaran-Mu dalam hatiku; aku telah mengisytiharkan kesetiaan-Mu dan penyelamatan-Mu. Aku tidak merahsiakan kasih-Mu dan kebenaran-Mu daripada perhimpunan besar.
Kongsi
Baca MAZMUR 40