MAZMUR 40:6-8
MAZMUR 40:6-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Engkau telah melakukan banyak perkara untuk kami, ya TUHAN, Allahku, Engkau tidak ada bandingnya! Engkau telah membuat banyak rancangan yang baik untuk kami, tidak mungkin aku dapat menceritakan segalanya. Engkau tidak mahu korban dan persembahan; Engkau tidak minta korban untuk menyenangkan hati-Mu, dan korban untuk menghapuskan dosa. Tetapi Engkau telah memberi aku telinga yang dapat mendengar firman-Mu. Oleh itu aku menyahut, “Inilah aku; arahan-Mu untukku tercatat di dalam kitab Taurat.
MAZMUR 40:6-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Korban dan persembahan tidak Kauingini, tetapi Engkau telah membukakan telingaku; persembahan dan korban bakaran penghapus dosa tidak Kauredai. Kemudian aku berkata, “Lihatlah, aku telah datang — dalam naskhah kitab ada tersurat tentangku. Aku sukacita menjalankan kehendak-Mu, ya Allahku; dan hukum-Mu tertera dalam hatiku.”