MAZMUR 37:1-7
MAZMUR 37:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Daud. Jangan geram kerana orang jahat; jangan cemburu akan mereka yang berbuat salah. Mereka segera lenyap seperti rumput, dan layu seperti tumbuh-tumbuhan hijau. Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik; tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat. Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu. Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN, berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau; Dia akan menyebabkan kebaikanmu bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari. Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang, tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak. Jangan geram kerana orang yang hidup makmur, atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat.
MAZMUR 37:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jangan gusar kerana orang melakukan kejahatan dan jangan iri hati kepada orang yang melakukan kedurjanaan; kerana tidak lama lagi mereka akan ditebas seperti rumput, dan layu seperti layunya tumbuhan hijau. Percayalah kepada TUHAN, dan lakukan kebaikan; tinggallah di tanah ini dan berpeganglah kepada kesetiaan-Nya. Cari kebahagiaan daripada TUHAN, maka Dia akan menunaikan hasrat hatimu. Serahkan jalan hidupmu kepada TUHAN; percayalah kepada-Nya maka Dia akan bertindak: Dia akan menyatakan perbenaranmu seterang cahaya, dan keadilanmu seterang matahari tengah hari. Sandarkan hatimu kepada TUHAN dan sabarlah menanti tindakan-Nya; jangan gusar kerana ada yang makmur mengikut jalan sendiri, kerana ada yang menjayakan rancangan zalim.