MAZMUR 37:1-6
MAZMUR 37:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Daud. Jangan geram kerana orang jahat; jangan cemburu akan mereka yang berbuat salah. Mereka segera lenyap seperti rumput, dan layu seperti tumbuh-tumbuhan hijau. Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik; tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat. Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu. Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN, berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau; Dia akan menyebabkan kebaikanmu bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.
MAZMUR 37:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jangan gusar kerana orang melakukan kejahatan dan jangan iri hati kepada orang yang melakukan kedurjanaan; kerana tidak lama lagi mereka akan ditebas seperti rumput, dan layu seperti layunya tumbuhan hijau. Percayalah kepada TUHAN, dan lakukan kebaikan; tinggallah di tanah ini dan berpeganglah kepada kesetiaan-Nya. Cari kebahagiaan daripada TUHAN, maka Dia akan menunaikan hasrat hatimu. Serahkan jalan hidupmu kepada TUHAN; percayalah kepada-Nya maka Dia akan bertindak: Dia akan menyatakan perbenaranmu seterang cahaya, dan keadilanmu seterang matahari tengah hari.