MAZMUR 34:4-11
MAZMUR 34:4-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Agungkanlah TUHAN bersama dengan aku, marilah bersama-sama memuji nama-Nya. Aku berdoa kepada TUHAN dan Dia mengabulkan doaku, Dia membebaskan aku daripada segala ketakutan. Orang yang tertindas memandang Dia lalu bergembira; mereka tidak sekali-kali akan kecewa. Orang malang berseru dan TUHAN menjawab, Dia membebaskan mereka daripada segala kesusahan. Malaikat TUHAN mengawal orang yang menghormati-Nya, dan menyelamatkan mereka daripada bahaya. Rasakanlah sendiri betapa baiknya TUHAN! Berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya! Hormatilah TUHAN, hai semua umat-Nya, kerana orang yang mentaati-Nya tidak akan berkekurangan. Singa juga lapar kerana kekurangan makanan, tetapi orang yang mentaati TUHAN tidak kekurangan apa-apa yang baik.
MAZMUR 34:4-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku telah berseru kepada TUHAN, dan Dia mendengar seruanku; lalu Dia menyelamatkanku daripada semua yang kutakuti. Orang yang dalam kesusahan bermohon kepada-Nya; maka wajah mereka berseri-seri dan tidak menanggung malu. Orang malang berseru merayu, dan TUHAN mendengar rayuannya; lalu menyelamatkannya daripada segala kesusahannya. Para malaikat TUHAN berjaga sekeliling orang yang takut kepada-Nya, dan menyelamatkan mereka. Rasakan dan lihatlah kebaikan TUHAN; diberkatilah orang yang berlindung kepada-Nya. Takutilah TUHAN, wahai umat-Nya yang salih, mereka yang takut kepada-Nya tidak kekurangan apa-apa. Anak-anak singa menjadi lemah dan lapar, tetapi mereka yang berpaling kepada TUHAN tidak akan kekurangan sesuatu yang baik. Marilah anak-anak, dengar kata-kataku; aku akan mengajarmu takut akan TUHAN.