MAZMUR 34:3-5
MAZMUR 34:3-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku akan memuji Dia kerana segala perbuatan-Nya; semoga semua orang yang tertindas mendengar dan bergembira. Agungkanlah TUHAN bersama dengan aku, marilah bersama-sama memuji nama-Nya. Aku berdoa kepada TUHAN dan Dia mengabulkan doaku, Dia membebaskan aku daripada segala ketakutan.
Kongsi
Baca MAZMUR 34MAZMUR 34:3-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pujilah kebesaran TUHAN bersamaku; marilah kita memuliakan nama-Nya bersama-sama. Aku telah berseru kepada TUHAN, dan Dia mendengar seruanku; lalu Dia menyelamatkanku daripada semua yang kutakuti. Orang yang dalam kesusahan bermohon kepada-Nya; maka wajah mereka berseri-seri dan tidak menanggung malu.
Kongsi
Baca MAZMUR 34