MAZMUR 33:18-22
MAZMUR 33:18-22 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN memerhatikan mereka yang mentaati-Nya, mereka yang mengharapkan kasih-Nya. Dia menyelamatkan mereka daripada kematian; Dia memelihara nyawa mereka pada masa kelaparan. Kita berharap kepada TUHAN; Dialah penolong dan pelindung kita. Kita bersukacita kerana Dia; kita percaya kepada nama-Nya yang suci. Semoga kasih-Mu menyertai kami, ya TUHAN, kerana kami berharap kepada-Mu.
MAZMUR 33:18-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lihatlah, TUHAN menumpukan perhatian kepada mereka yang takut kepada-Nya, kepada mereka yang berharapkan kasih setia-Nya, untuk menyelamatkan mereka daripada maut, dan membolehkan mereka hidup ketika berlaku kebuluran. Jiwa kita berharap akan TUHAN; Dialah penolong dan perisai kita. Hati kita akan bergembira kerana Dia, sebab kita percaya akan nama-Nya yang suci. Limpahi kami dengan kasih setia-Mu, ya TUHAN, sebagaimana kami berharap kepada-Mu.