MAZMUR 31:1-6
MAZMUR 31:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Daud. Aku berlindung pada-Mu, ya TUHAN, jangan biarkan aku dipermalukan. Engkau Allah yang adil; selamatkanlah aku. Dengarlah aku! Selamatkanlah aku dengan segera! Jadilah penaungku untuk melindungi aku, dan pembelaku untuk menyelamatkan aku. Engkaulah penaungku dan pembelaku; bimbinglah aku menurut janji-Mu. Selamatkanlah aku daripada perangkap yang dipasang untukku; Engkaulah tempat perlindunganku. Aku serahkan diriku kepada jagaan-Mu. Engkau akan menyelamatkan aku, ya TUHAN, Allah yang setia.
MAZMUR 31:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kepada-Mu, ya TUHAN, aku berlindung; jangan biarkan aku menanggung malu; selamatkanlah aku kerana perbenaran-Mu. Condongkan telinga-Mu kepadaku, selamatkanlah aku dengan segera; jadilah batu pejal tempat aku berlindung, kubu pertahanan untuk keselamatanku. Kerana Engkaulah batu pejal dan kubuku; oleh itu, demi nama-Mu, bimbing dan pandulah aku. Lepaskan aku daripada jerat yang dipasang mereka untukku dalam rahsia, kerana Engkaulah kekuatanku. Ke dalam tangan-Mu kuserahkan rohku; Engkau telah menebusku, Ya TUHAN, Allah yang setia. Aku membenci penyembah berhala yang tidak berguna; aku percaya kepada TUHAN.