MAZMUR 30:1-3
MAZMUR 30:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Daud. Lagu untuk pentahbisan Rumah TUHAN. Aku memuji Engkau, ya TUHAN, kerana Engkau telah menyelamatkan aku dan tidak membiarkan musuhku mentertawakan aku. Aku berseru kepada-Mu meminta pertolongan, ya TUHAN, Allahku, dan Engkau menyembuhkan aku.
Kongsi
Baca MAZMUR 30MAZMUR 30:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku akan memuji-Mu, ya TUHAN, kerana Engkau telah menyelamatkan aku dan tidak membiarkan seteruku bergembira menumpaskan aku. Ya TUHAN, ya Allahku, aku telah berseru kepada-Mu lalu Engkau menyembuhkan aku. Ya TUHAN, Engkau telah membawa nyawaku keluar dari kubur; Engkau telah melanjutkan usiaku supaya aku tidak masuk ke lubang maut.
Kongsi
Baca MAZMUR 30