MAZMUR 3:3-6
MAZMUR 3:3-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Mereka mengumpat dan berkata, “Allah tidak akan menolong dia!” Tetapi Engkau, ya TUHAN, adalah perisai yang melindungi aku. Engkau memberi aku kemenangan dan memulihkan semangatku. Aku berseru kepada TUHAN meminta pertolongan, dan dari bukit-Nya yang suci, Dia menjawab aku. Aku berbaring, lalu tidur, dan sepanjang malam TUHAN melindungi aku.
MAZMUR 3:3-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi Engkau ialah perisai yang melindungiku, ya TUHAN; Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku. Kepada TUHAN aku berseru lantang, dan Dia menyahut seruanku dari bukit suci-Nya. Sela Aku baring dan tidur; aku terjaga semula, kerana TUHAN memeliharaku. Aku tidak akan takut kepada puluhan ribu yang bersiap sedia melawanku dari setiap pihak.