MAZMUR 28:6-8
MAZMUR 28:6-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Pujilah TUHAN; Dia telah mendengar permohonanku. TUHAN melindungi dan membela aku; aku percaya kepada-Nya. Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku; aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran. TUHAN melindungi umat-Nya; Dia membela dan menyelamatkan raja pilihan-Nya.
Kongsi
Baca MAZMUR 28MAZMUR 28:6-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Segala puji bagi TUHAN, kerana Dia telah mendengar suaraku merayu. TUHAN kekuatan dan perisaiku; hatiku percaya kepada-Nya, dan aku ditolong-Nya. Oleh itu, hatiku amat gembira dan dengan nyanyianku aku akan memuji-Nya. TUHAN kekuatan mereka, dan Dia tempat berlindung orang yang diurapi-Nya.
Kongsi
Baca MAZMUR 28