MAZMUR 27:1-5
MAZMUR 27:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Daud. TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku; aku tidak akan takut kepada sesiapa pun. TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya; aku tidak akan gentar. Apabila orang jahat menyerang aku dan cuba membunuh aku, mereka akan tersandung lalu jatuh. Walaupun semua tentera mengepung aku, aku tidak akan takut; walaupun musuhku menyerang aku, aku akan tetap percaya kepada Allah. Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN; hanya satu sahaja yang aku minta; untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku, untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya, dan meminta bimbingan-Nya. Pada masa kesusahan Dia akan melindungi aku; Dia akan menjaga aku supaya selamat di dalam Rumah-Nya, dan menempatkan aku di atas gunung batu.
MAZMUR 27:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
TUHAN cahayaku dan penyelamatanku — siapa perlu kutakuti? TUHAN kekuatan hidupku — siapa harus aku gentar? Apabila orang durjana menyerangku untuk membaham dagingku, semua musuh dan seteruku itu, tersandung lalu rebah. Kalaupun seangkatan tentera mengepungku, hatiku tidak akan ngeri; meski perang bangkit melandaku, tentang ini aku tetap yakin. Satu perkara yang kuingini daripada TUHAN, akan kupohonkan: semoga aku akan tinggal di dalam rumah TUHAN seumur hidupku, melihat keindahan TUHAN dan merenung di dalam rumah suci-Nya. Kerana pada waktu kesusahan Dia akan menyembunyikan aku di astaka-Nya; di ruang rahsia khemah-Nya Dia akan menyembunyikan aku. Dia akan mengangkatku ke atas batu pejal.