MAZMUR 25:16-22
MAZMUR 25:16-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Berpalinglah kepadaku, dan kasihanilah aku, kerana aku sepi dan sengsara. Kesusahan hatiku telah bertambah; bawalah aku keluar daripada segala derita ini. Lihatlah kesengsaraan dan keazabanku dan ampunkanlah segala dosaku. Perhatikanlah segala musuhku yang amat ramai mereka membenciku dengan kebencian yang kejam! Peliharakanlah jiwaku, selamatkanlah aku; jangan biarkan aku malu, aku berlindung kepada-Mu. Biar keikhlasan dan ketulusan memeliharaku, aku setia menanti-Mu. Tebuslah Israel, ya Allah, daripada segala kesusahan mereka!
MAZMUR 25:16-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Berpalinglah kepadaku, ya TUHAN, dan kasihanilah aku, kerana aku keseorangan dan lemah. Lapangkanlah hatiku daripada segala kekhuatiran, dan selamatkanlah aku daripada segala kesusahan. Perhatikanlah segala kedukaan dan penderitaanku dan ampunkanlah segala dosaku. Lihatlah betapa banyaknya musuhku; mereka sangat membenci aku. Lindungilah dan selamatkanlah aku; supaya aku tidak mendapat malu, kerana aku datang kepada-Mu meminta perlindungan. Semoga kebaikan dan kejujuranku mengawal aku, kerana aku percaya kepada-Mu. Ya Allah, selamatkanlah umat-Mu, Israel, daripada segala kesusahan mereka.