MAZMUR 23:1-6
MAZMUR 23:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Daud. TUHAN ialah gembalaku; aku tidak kekurangan apa-apa. Dia membaringkan aku di padang rumput yang hijau dan membimbing aku ke air yang tenang. Dia memberi aku kekuatan baru. Dia membimbing aku di jalan yang benar, sebagaimana yang dijanjikan-Nya. Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita, aku tidak akan takut, ya TUHAN, kerana Engkau menyertai aku. Engkau melindungi aku dengan tongkat dan gada-Mu. Engkau menyediakan jamuan untukku, di hadapan semua musuhku; Engkau menyambut aku sebagai tetamu yang dihormati dan mengisi cawanku hingga penuh. Aku tahu Engkau baik kepadaku dan mengasihi aku seumur hidupku; rumah-Mu akan menjadi rumahku sepanjang hidupku.
MAZMUR 23:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
TUHAN ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun. Dia membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau, Dia membimbingku ke tepian air tenang, Dia memulihkan jiwaku. Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya. Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku; gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku. Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah. Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku, dan aku akan tinggal di dalam rumah TUHAN selama-lamanya.