MAZMUR 23:1-4
MAZMUR 23:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Daud. TUHAN ialah gembalaku; aku tidak kekurangan apa-apa. Dia membaringkan aku di padang rumput yang hijau dan membimbing aku ke air yang tenang. Dia memberi aku kekuatan baru. Dia membimbing aku di jalan yang benar, sebagaimana yang dijanjikan-Nya. Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita, aku tidak akan takut, ya TUHAN, kerana Engkau menyertai aku. Engkau melindungi aku dengan tongkat dan gada-Mu.
MAZMUR 23:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
TUHAN ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun. Dia membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau, Dia membimbingku ke tepian air tenang, Dia memulihkan jiwaku. Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya. Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku; gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku.