MAZMUR 17:6-9
MAZMUR 17:6-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku berdoa kepada-Mu, ya Allah, kerana Engkau menjawab aku; oleh itu berpalinglah kepadaku dan dengarkanlah kata-kataku. Tunjukkanlah kasih-Mu yang mengagumkan, dan selamatkanlah orang yang berlindung kepada-Mu; di sisi-Mu, aku selamat daripada segala musuh. Lindungilah aku, seperti biji mata-Mu sendiri; sembunyikanlah aku di bawah naungan sayap-Mu, lindungilah aku daripada orang jahat yang menyerang aku.
MAZMUR 17:6-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku menyeru-Mu kerana Engkau akan mendengarku, ya Allah; dengarlah, dengarlah kata-kataku ini. Tunjukkan kasih-Mu yang agung, dengan tangan kanan-Mu yang menyelamatkan semua yang bernaung kepada-Mu daripada mereka yang cuba meruntuhkan. Peliharakanlah aku sebagai kesayangan-Mu; lindungi aku di bawah naungan-Mu daripada orang zalim yang menyerangku, daripada musuh pemusnah yang mengepungku.