MAZMUR 147:7-11
MAZMUR 147:7-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Nyanyikanlah lagu pujian untuk TUHAN, dan mainkanlah kecapi untuk Allah kita. Dia membentangkan awan di langit; Dia menurunkan hujan ke bumi, dan menumbuhkan rumput di bukit. Dia memberikan makanan kepada binatang, dan kepada anak burung gagak yang menciap-ciap. Dia tidak suka akan kuda yang kuat, ataupun askar yang berani; tetapi Dia suka akan orang yang menghormati-Nya, orang yang yakin kepada kasih-Nya yang kekal.
MAZMUR 147:7-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Menyanyilah kepada TUHAN dengan mengucapkan kesyukuran; nyanyikan pujian dengan iringan kecapi kepada Allah kita. Dia melitupi langit dengan awan; Dia menyediakan hujan untuk bumi; Dia menumbuhkan rumput di atas gunung. Dia memberi makanan kepada haiwan dan kepada anak-anak gagak yang menciap. Dia tidak menikmati kekuatan kuda, Dia tidak berkenan akan manusia kerana kegagahannya; TUHAN meredai mereka yang takut kepada-Nya, mereka yang berharapkan kasih setia-Nya.