MAZMUR 141:1-5
MAZMUR 141:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ya TUHAN, aku berseru kepada-Mu; segeralah datang kepadaku. Dengarlah suaraku apabila aku berseru kepada-Mu. Biarlah doaku hadir di hadapan-Mu sebagai setanggi; penadahan tanganku sebagai korban persembahan petang. Jagalah, ya TUHAN, mulutku; awasilah pintu bibirku. Jangan cenderungkan hatiku ke arah kejahatan, untuk mengamalkan pekerjaan zalim dengan orang yang melakukan durjana; dan jangan biarkan aku makan hidangan lazat mereka. Biarlah orang yang benar memukulku — itu suatu kebaikan kepadaku; biarlah dia memarahiku — itu seperti minyak yang unggul. Janganlah biarkan kepalaku menolaknya. Namun demikian, doaku tetap menentang perbuatan orang durjana
MAZMUR 141:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Daud. Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN; tolonglah aku sekarang! Dengarlah aku apabila aku berseru kepada-Mu. Terimalah doaku sebagai kemenyan, dan sambutlah tangan yang aku tadahkan sebagai korban malam. Ya TUHAN, kawallah mulutku, dan jagalah bibirku. Jauhkan aku daripada keinginan berbuat jahat, dan daripada pergaulan dengan orang derhaka. Jangan biarkan aku berpesta dengan mereka. Aku rela menerima hukuman dan teguran daripada orang baik, tetapi aku tidak akan menerima pujian daripada orang jahat kerana aku sentiasa berdoa menentang perbuatan jahat mereka.