MAZMUR 132:12-16
MAZMUR 132:12-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika anak-anakmu setia kepada perjanjian-Ku, dan kepada perintah yang Aku beri mereka, maka anak-anak mereka juga akan mewarisi takhtamu selama-lamanya.” TUHAN telah memilih Sion; Dia hendak menjadikannya tempat tinggal-Nya. Dia berfirman, “Di sinilah tempat kediaman-Ku selama-lamanya; Aku hendak tinggal di tempat ini. Aku akan memberi Sion segala keperluannya sehingga berlimpah-limpah; Aku akan mengenyangkan penduduknya yang miskin dengan makanan. Imam-imamnya memperlihatkan penyelamatan daripada-Ku, dan rakyatnya akan bersorak-sorak kerana sukacita.
MAZMUR 132:12-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
jika anak-anakmu memegang janji-Ku dan peraturan-Ku yang akan Kuajarkan kepada mereka, anak-anak mereka juga akan duduk di atas takhtamu selama-lamanya.” Kerana TUHAN telah memilih Sion, Dia telah menghendakinya sebagai tempat kediaman-Nya: “Inilah tempat peristirahatan-Ku untuk selama-lamanya; di sini Aku akan tinggal, kerana Aku menghendakinya — Aku akan melimpahkan berkat ke atas sumber makanannya; Aku akan mengenyangkan orang miskinnya dengan roti. Aku juga akan memakaikan imam-imamnya dengan penyelamatan, dan orangnya yang salih akan bersorak bahagia.