MAZMUR 119:89-96
MAZMUR 119:89-96 Alkitab Berita Baik (BM)
Ya TUHAN, firman-Mu kekal selama-lamanya; firman-Mu kekal abadi di syurga. Engkau tetap setia selama-lamanya, Engkau telah menempatkan bumi, dan bumi tetap ada. Demi perintah-Mu segala sesuatu tetap ada sampai sekarang, kerana semuanya hamba-Mu. Sekiranya Taurat-Mu bukan sumber kegembiraanku, pasti aku sudah mati kerana kesengsaraanku. Aku tidak sekali-kali akan melalaikan peraturan-Mu, kerana dengan peraturan itu Engkau memelihara nyawaku. Selamatkanlah aku kerana aku kepunyaan-Mu; aku telah berusaha untuk mentaati perintah-Mu. Orang jahat tertunggu-tunggu hendak membunuh aku, tetapi aku akan merenungkan hukum-Mu. Aku sedar bahawa segala-galanya mempunyai batas; hanya perintah-Mu yang sempurna.
MAZMUR 119:89-96 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Untuk selama-lamanya, ya TUHAN; firman-Mu bertapak di syurga. Kesetiaan-Mu kekal zaman-berzaman; Engkau mengasaskan bumi dan ia tetap ada. Segalanya berterusan hari ini menurut peraturan-Mu, kerana semuanya hamba-Mu. Kalaulah tidak kerana hukum-Mu bahagiaku, tentulah aku binasa menanggung penderitaan. Aku tidak akan melupakan ajaran-ajaran-Mu selama-lamanya, kerana dengannya Engkau telah memberiku hidup. Aku milik-Mu, selamatkanlah aku; kerana aku telah mencari ajaran-ajaran-Mu. Orang zalim menantiku untuk memusnahkanku, tetapi aku akan memikirkan peraturan-Mu. Aku telah melihat kemuncak segala kesempurnaan; tetapi perintah-Mu maha luas.