MAZMUR 119:56-62
MAZMUR 119:56-62 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku mendapat kebahagiaan dengan mentaati perintah-Mu. Hanya Engkau yang aku inginkan, ya TUHAN; aku berjanji untuk mematuhi hukum-Mu. Dengan sepenuh hati aku meminta kepada-Mu; kasihanilah aku menurut janji-Mu. Aku telah memikirkan kelakuanku, dan berjanji akan menurut peraturan-Mu. Aku bergegas-gegas dan tidak membuang masa untuk melakukan perintah-Mu. Orang jahat memasang perangkap untukku, tetapi aku tidak melupakan Taurat-Mu. Pada tengah malam aku bangun untuk memuji Engkau, kerana ketetapan-Mu adil.

MAZMUR 119:56-62 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ini telah menjadi milikku: kerana aku telah mematuhi ajaran-ajaran-Mu. Engkaulah yang ada padaku, ya TUHAN; aku telah berjanji untuk mematuhi firman-Mu. Aku memohon keredaan-Mu dengan sepenuh hatiku; kasihanilah aku menurut firman-Mu. Aku memikirkan gerak-geriku lalu aku melangkah ke arah peraturan-Mu. Aku bertindak segera, aku tidak berlengah-lengah mematuhi perintah-perintah-Mu. Tali orang zalim telah mengikatku, tetapi aku tidak melupakan hukum-Mu. Pada tengah malam aku akan bangun untuk mengucap syukur kepada-Mu kerana hukum-hukum-Mu yang benar.