MAZMUR 119:113-136

MAZMUR 119:113-136 Alkitab Berita Baik (BM)

Aku membenci orang yang tidak setia kepada-Mu dengan sepenuh hati, tetapi aku mencintai Taurat-Mu. Engkaulah pembelaku dan pelindungku; aku berharap kepada janji-Mu. Hai orang jahat, pergilah daripadaku. Aku akan mematuhi perintah Allahku. Kuatkanlah aku menurut janji-Mu, agar aku hidup; jangan biarkan aku dikecewakan dalam harapanku! Bantulah aku, lalu aku akan selamat, dan aku akan sentiasa memperhatikan perintah-Mu. Engkau menolak semua orang yang tidak mematuhi hukum-Mu; muslihat mereka sia-sia belaka. Engkau menganggap semua orang jahat seperti sampah; oleh itu aku mencintai peraturan-Mu. Aku gementar kerana takut kepada-Mu, dan aku gentar kerana ketetapan-Mu. Aku telah melakukan perkara yang adil dan benar; jangan serahkan aku kepada musuh-musuhku! Berjanjilah bahawa Engkau akan menolong hamba-Mu; jangan biarkan orang sombong menindas aku! Mataku penat menantikan Engkau datang untuk menyelamatkan aku, dan untuk membebaskan aku, menurut janji-Mu. Perlakukanlah aku sesuai dengan kasih-Mu, dan ajarlah aku perintah-Mu. Aku ini hamba-Mu, berilah aku pengertian, supaya aku memahami ajaran-Mu. Inilah masanya Engkau bertindak, ya TUHAN, kerana orang melanggar Taurat-Mu. Aku mencintai perintah-Mu lebih daripada emas, lebih daripada emas murni. Oleh itu aku mengikut segala peraturan-Mu; aku benci akan segala perbuatan yang salah. Ajaran-Mu sungguh mengagumkan; aku mentaatinya dengan sepenuh hati. Penjelasan ajaran-Mu memberikan cahaya, memberikan pengertian kepada orang jahil. Aku haus akan perintah-Mu, aku sangat menginginkannya. Berpalinglah kepadaku dan kasihanilah aku seperti Engkau sentiasa mengasihani orang yang mengasihi-Mu. Menurut janji-Mu, jangan biarkan aku jatuh; jangan biarkan kejahatan menguasai aku. Selamatkanlah aku daripada orang yang menindas aku, supaya aku dapat mentaati perintah-Mu. Berkatilah aku dengan hadirat-Mu, dan ajarlah aku hukum-Mu. Air mataku mengalir seperti sungai, kerana orang tidak taat kepada Taurat-Mu.

MAZMUR 119:113-136 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Aku membenci orang yang curang, tetapi aku mencintai hukum-Mu. Engkaulah perlindunganku dan perisaiku; aku menyandarkan harapan kepada firman-Mu. Pergilah daripadaku, hai orang yang berbuat jahat, kerana aku akan mematuhi perintah-perintah Allahku! Teguhkanlah aku menurut firman-Mu, supaya aku dapat hidup; dan jangan biarkan aku malu kerana harapanku. Tegakkanlah aku, maka aku akan selamat; dan aku akan sentiasa mentaati ketetapan-Mu. Engkau menolak kesemua mereka yang menyimpang daripada ketetapan-Mu, kerana mereka memperdaya dan itu adalah pendustaan. Engkau menyingkirkan semua orang zalim di bumi seperti barang tidak berguna; oleh itu, aku mencintai peraturan-Mu. Tubuhku gementar kerana takut kepada-Mu; dan aku takut akan penghakiman-Mu. Aku telah melakukan keadilan dan kebenaran; janganlah tinggalkan aku di tangan penindasku. Jadilah penjamin hamba-Mu; jangan biarkan orang sombong menindasku. Mataku kabur mencari penyelamatan-Mu, dan mencari firman-Mu yang benar. Perlakukan hamba-Mu berdasarkan kasih setia-Mu dan ajarlah aku ketetapan-Mu. Aku hamba-Mu; berilah aku pengertian supaya aku dapat mengetahui peraturan-Mu. Sudah sampai masanya Engkau bertindak, ya TUHAN, kerana mereka menganggap hukum-Mu batal. Justeru aku mencintai perintah-perintah-Mu lebih daripada emas, ya, daripada emas tulen, justeru semua ajaran-Mu tentang semua perkara kuanggap benar, aku membenci setiap jalan yang palsu. Peraturan-Mu menakjubkan; oleh itu jiwaku mematuhinya. Kedatangan firman-Mu membawa cahaya; memberi pengertian kepada orang yang tulus. Aku membuka mulut dan tercungap-cungap, kerana aku merindui perintah-perintah-Mu. Pandanglah aku dan kasihanilah aku, sebagaimana yang biasa Kaulakukan kepada mereka yang mencintai nama-Mu. Pandulah langkahku dengan firman-Mu; dan jangan biarkan dosa menguasaiku. Lepaskan aku daripada penindasan manusia, supaya aku mematuhi ajaran-ajaran-Mu. Limpahkanlah sinar wajah-Mu ke atas hamba-Mu dan ajarlah aku ketetapan-Mu. Air mataku mengalir laksana sungai, kerana manusia tidak mematuhi hukum-Mu.

MAZMUR 119:113-136

MAZMUR 119:113-136 BMMAZMUR 119:113-136 BMMAZMUR 119:113-136 BM