MAZMUR 118:5-9
MAZMUR 118:5-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Dalam kesukaran, aku berseru kepada TUHAN; Dia mengabulkan doaku dan membebaskan aku. Aku tidak takut kerana TUHAN menyertai aku; apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku? TUHAN itulah yang menolong aku, aku akan melihat musuh-musuhku dikalahkan. Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan manusia. Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan pemimpin.
MAZMUR 118:5-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku berseru kepada TUHAN dalam kesusahan, TUHAN menjawabku dan meletakkan aku di tempat yang lapang. TUHAN memihak kepadaku; aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku? TUHAN menyokongku dalam kalangan mereka yang menolongku. Oleh itu, aku akan melihat kehendakku berlaku ke atas mereka yang membenciku. Lebih baik menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN daripada meletakkan keyakinan kepada manusia. Lebih baik berlindung kepada TUHAN daripada percaya kepada raja-raja.